Sunday, November 27, 2022

Balik

  Saya sudah tinggal di kolej university hampir 2 bulan. Pada masa yang sama, saya pun sudah balik ke rumah sebanyak 2 kali. Kali pertama saya pulang adalah selepas minggu apresiasi watan dengan menumpang kereta kakak kawan saya. Manakala, kali kedua saya pulang adalah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15. Saya bersama-sama kawan saya menumpang bas untuk pulang ke rumah pada kali ini. Sebenarnya, ini pertama kali saya menumpang bas untuk  balik ke kampung. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Pada hari itu, saya dan kawan saya menumpang grab untuk pergi ke stesen komuter ukm. Selepas itu, kami menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan. Seterusnya, kami berjalan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Oleh sebab tiket bus kami dibeli secara online, kami pergi ke kaunter untuk mendapat tiket sebenar. Seterusnya, kami pergi ke kedai makanan dalam TBS untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan, kami pergi ke ruang berlepas untuk menunggu bus. Pada pukul 4.30 petang, bus bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan ke Terminal Bas Ekspres Batu Pahat. Bas tiba di Terminal Bas Ekspres Batu Pahat pada pukul 8.25 malam. Bapa saya datang ke sini untuk mengambil saya ke rumah. 



Sunday, November 20, 2022

Pilihan

    Dalam kehidupan, kita sentiasa membuat pilihan. Contohnya, hari ini nak makan apa? nak pergi mana? nak buat apa? Pada 19 November 2022, kita sebagai rakyat Malaysia telah membuat satu pilihan yang penting untuk Pilihan Raya Umum ke-15. Inilah peluang kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin dan parti politik yang kita rasa boleh memerintah Malaysia dengan baik serta membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara. Pada hari mengundi, hujan turun. Walaupun begitu, saya  telah memenuhi tanggungjawab saya sebagai pengundi. Pada hari itu, saya bersama kakak dan abang saya pergi ke pusat mengundi kami, Selokah Agama Kenangan Dato' Onn. Masa perjalanan kami ke sana tidak lebih daripada 10 minit kerana pusat mengundi itu berhampiran dengan rumah kami. Proses pengundian saya berjalan cepat dan lancar. Tentulah awak yang sedang membaca blog saya ini ingin tahu calon yang saya undi. Maaf, ini ialah rahsia.🙊Tetapi, saya boleh memberitahu awak bahawa saya tidak menyesal pilihan saya dalam pilihan raya ini. Saya berharap agar parti politik dan pemimpin yang menang dalam pilihan raya umum ini boleh menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna dan amanah supaya boleh membawa kemajuan kepada negara. 



Sunday, November 13, 2022

Cabaran

Apakah maksud cabaran? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cabaran ialah sesuatu unsur yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Barulah menjadi mahasiswi tentu akan menghadapi banyak cabaran. Sudah lalu lima minggu, saya telah menghadapi banyak cabaran seperti pengurusan stress, pengurusan masa dan rindukan rumah. Saya berasa tertekan pada waktu ini kerana saya tidak dapat memahami pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah saya. Hal ini telah menstresskan saya kerana saya takut saya tidak dapat mendapat keputusan yang baik dalam ujian dan peperiksaan. Dari segi cabaran pengurusan masa, saya telah membazirkan banyak masa dalam masa lima minggu yang lepas. Oleh itu, saya perlu bijak membahagikan masa saya untuk belajar, rehat, bersukan, tidur dan menguruskan hal-hal lain dengan membuat jadual waktu. Setiap mahasisiwa dan mahasiswi pasti mempunyai perasaan rindukan rumah, saya juga tidak dapat dikecualikan. Mula-mula, saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kolej dan hal ini telah menyebabkan kemunculan perasaan rindukan rumah dalam diri saya. Persekitaran yang berbeza merupakan faktor utama saya rindukan rumah. Saya rindu akan ahli keluarga saya dan kawan-kawan saya. Saya juga rindu akan masakan emak saya dan juga makanan-makanan yang terdapat di Batu Pahat. Walaupun banyak cabaran saya hadapi sekarang,namun saya yakin bahawa saya dapat mengatasi cabaran ini.



Monday, November 7, 2022

MULA

     Selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya. Ini merupakan kali pertama saya menulis blog. Saya mula menulis blog ini adalah disebabkan saya mengambil subjek aplikasi komputer. Penulisan blog adalah salah satu tugasan bagi subjek ini. Tajuk blog pertama yang diberikan oleh pensyarah saya, iaitu Encik Mohd Dzul Azzwan bin Mohd Nor ialah "Mula". 

    Bagi tajuk "Mula", cerita yang saya ingin berkongsi adalah tentang permulaan kehidupan saya di rumah keduaku, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Program pengajian yang ditawarkan oleh UKM kepada saya ialah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian selama tempoh 3 tahun. 

    Pada 8 October 2022, saya telah bermula kehidupan baharu saya di UKM dengan tinggal di Kolej Aminuddin Baki. Terdapat banyak kemudahan telah disediakan oleh kolej ini. Contohnya, cafe, coway, mesin layan diri, gelanggang badminton, dobi dan sebagainya. Selain itu, kolej ini mempunyai Bmart Runcit, Bmart Parcel dan Bmart Fotokopi. Saya berasa syukur kerana dapat tinggal di kolej ini. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kolej ini, malahan kolej ini berdekatan dengan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP). Oleh itu, saya tidak perlu bangun awal bagi menaiki bus untuk ke kuliah. Selain itu, kolej ini juga berdekatan dengan PUSANIKA dan PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG.  

Gambar Kolej Aminuddin Baki
Gelanggang badminton

    Sepanjang minggu pertama, semua pelajar tahun 1 telah terlibat dalam program Minggu Apresiasi Watan (MAW). Program ini adalah seperti program orientasi untuk menyambut kedatangan pelajar baharu. Saya berasa gembira kerana boleh melibatkan diri dalam program Minggu Apresiasi Watan. Terdapat banyak aktiviti yang menarik telah dianjurkan. Aktiviti yang tidak dapat saya lupakan ialah Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Banyak persembahan yang menarik telah dibuat oleh pelajar-pelajar baharu seperti tarian, nyanyian, teater dan sebagainya. Selain itu, pengetua-pengetua kolej kediaman, dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah institut juga membuat persembahan. 
Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

                                           Video: Konsert  Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


    Satu lagi aktiviti yang tidak saya lupakan ialah Perang Dectar. Perang Dectar bermula selepas konsert tersebut tamat. Suasana semasa Perang Dectar berlangsung adalah sangat meriah. Semua pelajar duduk mengikut kolej masing-masing dan berlawan dengan kolej lain dengan cara bersorak antara satu sama lain. Kehidupan saya sepanjang MAW adalah letih kerana saya tidak dapat tidur dengan awal dan perlu bangun awal. Walaupun bagaimanapun, saya juga berasa seronok kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu MAW adalah menarik dan memberi kenangan yang manis kepada saya.

Perang Dectar


    Kawan pertama yang saya kenali di UKM ialah kawan sebilik saya. Dia bernama Lee Jin Fong (sebelah kanan), berasal dari Pulau Pinang, mengambil program pengajian tentang lingustik. Dia seorang peramah. Kami dapat bergaul dengan mesra. Kami sentiasa saling membantu semasa menghadapi masalah. Kami juga sentiasa berkongsi makanan. Walaupun saya baru kenal Jin Fong, tetapi rasanya kami macam sudah lama kenal. 


    Selain itu, saya juga telah berkawan dengan beberapa pelajar baharu yang juga tinggal di Kolej Aminuddin Baki. Mereka berasal dari pelbagai negeri. 7 orang daripada mereka ialah pelajar FEP dan 2  orang daripada mereka ialah pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kami sentiasa bersama-sama pergi ke kolej lain untuk makan tengah hari dan makan malam. Kehidupan saya di UKM menjadi lebih menarik akibat kemunculan mereka. 

       Ini adalah perkongsian saya tentang "Mula". Terima kasih atas kesudian membaca blog saya. 

Lambat

Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap mingg...