Sunday, November 13, 2022

Cabaran

Apakah maksud cabaran? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cabaran ialah sesuatu unsur yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Barulah menjadi mahasiswi tentu akan menghadapi banyak cabaran. Sudah lalu lima minggu, saya telah menghadapi banyak cabaran seperti pengurusan stress, pengurusan masa dan rindukan rumah. Saya berasa tertekan pada waktu ini kerana saya tidak dapat memahami pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah saya. Hal ini telah menstresskan saya kerana saya takut saya tidak dapat mendapat keputusan yang baik dalam ujian dan peperiksaan. Dari segi cabaran pengurusan masa, saya telah membazirkan banyak masa dalam masa lima minggu yang lepas. Oleh itu, saya perlu bijak membahagikan masa saya untuk belajar, rehat, bersukan, tidur dan menguruskan hal-hal lain dengan membuat jadual waktu. Setiap mahasisiwa dan mahasiswi pasti mempunyai perasaan rindukan rumah, saya juga tidak dapat dikecualikan. Mula-mula, saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kolej dan hal ini telah menyebabkan kemunculan perasaan rindukan rumah dalam diri saya. Persekitaran yang berbeza merupakan faktor utama saya rindukan rumah. Saya rindu akan ahli keluarga saya dan kawan-kawan saya. Saya juga rindu akan masakan emak saya dan juga makanan-makanan yang terdapat di Batu Pahat. Walaupun banyak cabaran saya hadapi sekarang,namun saya yakin bahawa saya dapat mengatasi cabaran ini.



No comments:

Post a Comment

Lambat

Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap mingg...