Sunday, January 8, 2023

Lambat

Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap minggu, kelas aplikasi komputer tentu ada pelajar lambat menghadiri ke kelas. Alasan yang diberikan berbagai-bagai. Walaupun kolej yang saya tinggal, iaitu Kolej Aminuddin Baki adalah kolej yang paling dekat dengan fakulti, tetapi saya pun pernah lambat hadir ke kelas aplikasi komputer dua minit atau tiga minit. Sebab yang saya boleh saya berikan ialah bangun lewat. Situasi ini berlaku disebabkan saya tidur lewat pada Isnin malam untuk membuat tugasan. Dengan adanya pengamalan lambat hadir kelas, saya akan tidur awal sekiranya keesokkan hari ada kelas pada waktu pagi. Saya juga akan menetapkan alarm yang lebih awal dan banyak supaya saya tidak bangun lambat dan lamabat hadir ke kelas.

No comments:

Post a Comment

Lambat

Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap mingg...