Selamat sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya. Ini merupakan kali pertama saya menulis blog. Saya mula menulis blog ini adalah disebabkan saya mengambil subjek aplikasi komputer. Penulisan blog adalah salah satu tugasan bagi subjek ini. Tajuk blog pertama yang diberikan oleh pensyarah saya, iaitu Encik Mohd Dzul Azzwan bin Mohd Nor ialah "Mula".
Bagi tajuk "Mula", cerita yang saya ingin berkongsi adalah tentang permulaan kehidupan saya di rumah keduaku, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program pengajian yang ditawarkan oleh UKM kepada saya ialah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian selama tempoh 3 tahun.
Pada 8 October 2022, saya telah bermula kehidupan baharu saya di UKM dengan tinggal di Kolej Aminuddin Baki. Terdapat banyak kemudahan telah disediakan oleh kolej ini. Contohnya, cafe, coway, mesin layan diri, gelanggang badminton, dobi dan sebagainya. Selain itu, kolej ini mempunyai Bmart Runcit, Bmart Parcel dan Bmart Fotokopi. Saya berasa syukur kerana dapat tinggal di kolej ini. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kolej ini, malahan kolej ini berdekatan dengan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP). Oleh itu, saya tidak perlu bangun awal bagi menaiki bus untuk ke kuliah. Selain itu, kolej ini juga berdekatan dengan PUSANIKA dan PERPUSTAKAAN TUN SRI LANANG.
| Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta |
Satu lagi aktiviti yang tidak saya lupakan ialah Perang Dectar. Perang Dectar bermula selepas konsert tersebut tamat. Suasana semasa Perang Dectar berlangsung adalah sangat meriah. Semua pelajar duduk mengikut kolej masing-masing dan berlawan dengan kolej lain dengan cara bersorak antara satu sama lain. Kehidupan saya sepanjang MAW adalah letih kerana saya tidak dapat tidur dengan awal dan perlu bangun awal. Walaupun bagaimanapun, saya juga berasa seronok kerana aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu MAW adalah menarik dan memberi kenangan yang manis kepada saya.
Perang Dectar
Kawan pertama yang saya kenali di UKM ialah kawan sebilik saya. Dia bernama Lee Jin Fong (sebelah kanan), berasal dari Pulau Pinang, mengambil program pengajian tentang lingustik. Dia seorang peramah. Kami dapat bergaul dengan mesra. Kami sentiasa saling membantu semasa menghadapi masalah. Kami juga sentiasa berkongsi makanan. Walaupun saya baru kenal Jin Fong, tetapi rasanya kami macam sudah lama kenal.
Selain itu, saya juga telah berkawan dengan beberapa pelajar baharu yang juga tinggal di Kolej Aminuddin Baki. Mereka berasal dari pelbagai negeri. 7 orang daripada mereka ialah pelajar FEP dan 2 orang daripada mereka ialah pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kami sentiasa bersama-sama pergi ke kolej lain untuk makan tengah hari dan makan malam. Kehidupan saya di UKM menjadi lebih menarik akibat kemunculan mereka.
Ini adalah perkongsian saya tentang "Mula". Terima kasih atas kesudian membaca blog saya.

No comments:
Post a Comment