Dalam kehidupan, kita sentiasa membuat pilihan. Contohnya, hari ini nak makan apa? nak pergi mana? nak buat apa? Pada 19 November 2022, kita sebagai rakyat Malaysia telah membuat satu pilihan yang penting untuk Pilihan Raya Umum ke-15. Inilah peluang kita sebagai rakyat untuk memilih pemimpin dan parti politik yang kita rasa boleh memerintah Malaysia dengan baik serta membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara. Pada hari mengundi, hujan turun. Walaupun begitu, saya telah memenuhi tanggungjawab saya sebagai pengundi. Pada hari itu, saya bersama kakak dan abang saya pergi ke pusat mengundi kami, Selokah Agama Kenangan Dato' Onn. Masa perjalanan kami ke sana tidak lebih daripada 10 minit kerana pusat mengundi itu berhampiran dengan rumah kami. Proses pengundian saya berjalan cepat dan lancar. Tentulah awak yang sedang membaca blog saya ini ingin tahu calon yang saya undi. Maaf, ini ialah rahsia.🙊Tetapi, saya boleh memberitahu awak bahawa saya tidak menyesal pilihan saya dalam pilihan raya ini. Saya berharap agar parti politik dan pemimpin yang menang dalam pilihan raya umum ini boleh menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna dan amanah supaya boleh membawa kemajuan kepada negara.

No comments:
Post a Comment