Saya sudah tinggal di kolej university hampir 2 bulan. Pada masa yang sama, saya pun sudah balik ke rumah sebanyak 2 kali. Kali pertama saya pulang adalah selepas minggu apresiasi watan dengan menumpang kereta kakak kawan saya. Manakala, kali kedua saya pulang adalah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15. Saya bersama-sama kawan saya menumpang bas untuk pulang ke rumah pada kali ini. Sebenarnya, ini pertama kali saya menumpang bas untuk balik ke kampung. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi saya. Pada hari itu, saya dan kawan saya menumpang grab untuk pergi ke stesen komuter ukm. Selepas itu, kami menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan. Seterusnya, kami berjalan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Oleh sebab tiket bus kami dibeli secara online, kami pergi ke kaunter untuk mendapat tiket sebenar. Seterusnya, kami pergi ke kedai makanan dalam TBS untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan, kami pergi ke ruang berlepas untuk menunggu bus. Pada pukul 4.30 petang, bus bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan ke Terminal Bas Ekspres Batu Pahat. Bas tiba di Terminal Bas Ekspres Batu Pahat pada pukul 8.25 malam. Bapa saya datang ke sini untuk mengambil saya ke rumah.

No comments:
Post a Comment