Panik merupakan perasaaan cemas yang datang dengan tiba-tiba. Kadang-kala, kita akan berasa panik terhadap sesuatu perkara. Walaupun dalam keadaan panik, kita mesti menenangkan diri kita. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan panik akan menyebabkan seseorang gagal dalam melaksanakan sesuatu perkara dan menstresskan diri sendiri. Sebelum menjadi mahasiswi, saya ialah seorang pelajar STPM. Sebagai pelajar STPM, kami diwajibkan mengambil satu mata pelajaran, iaitu Pengajian Am. Mata pelajaran ini adalah sangat susah bagi saya. Oleh itu, saya mudah panik sebelum menduduki peperiksaan mata pelajaran Pengajian Am. Perasaan panik ini mengikuti saya dari semester 1 hingga semester 3. Saya takut saya akan mendapat gred "F" dalam mata pelajaran ini. Semasa panik, saya rasa otak saya menjadi kosong dan apa yang dibaca tidak dapat diresap oleh otak saya. Untuk menghilangkan perasaan panik ini, saya akan berbincang dengan kawan saya tentang jawapan esei dan kata-kata kunci yang perlu diingat. Sebelum menjawab soalan peperiksaan, saya akan minum air dan cuba menenangkan diri. Saya akan bercakap kepada diri sendiri,"cuba yang terbaik". Akhirnya, saya mendapat gred "A" dalam mata pelajaran ini.
No comments:
Post a Comment