Monday, December 26, 2022

Rindu

Saya sangat rindu akan kawan-kawan saya. Saya sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Ada kawan yang sudah melebihi satu tahun tidak berjumpa, ada yang lebih lima bulan tidak berjumpa. Semasa waktu sekolah menengah, kami dapat berjumpa setiap hari sama ada di sekolah atau di pusat tuisyen. Kadang-kala, kami juga pergi ke cafe untuk makan dan berbual-bual atau pergi menonton wayang. Pada waktu sekolah menengah, senang untuk kami berjumpa dan keluar bersama kerana berada di tempat yang sama. Selepas tamat SPM, kami telah jarang bertemu kerana sibuk dengan pelanjutan pelajaran masing-masing. Ada yang sambung belajar foundation, diploma atau STPM. Kami melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza. Hal ini telah menyukarkan kami untuk bertemu. Masa cuti institusi tinggi yang berbeza juga menyukarkan kami untuk bertemu. Saya sangat rindu akan waktu sekolah menengah yang bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Oleh itu, sekarang, saya sangat menghargai masa bersama dengan mereka kerana saya tidak tahu bahawa bila kami akan berjumpa.

Sunday, December 18, 2022

Sesal

Dalam kehidupan, setiap orang tentu pernah berasa sesal atas sesuatu perbuatan atau keputusan yang telah dilakukan. Kita menyesal apabila mendapat keputusan peperiksaan yang buruk. Kita akan tanya kepada diri sendiri, kenapa masa itu saya tidak rajin membuat ulang kaji. Kita menyesal apabila menyakitkan hati orang lain. Contohnya, berasa sesal selepas bercakap kasar terhadap ibu bapa dan bercakap perkataan yang tidak baik terhadap kawan. Kita menyesal apabila masa kita tidak digunakan untuk melakukan perkara yang penting kerana perkara yang penting itu tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kita berasa sesal apabila sukar mencari perkerjaan yang bergaji tinggi kerana tiada sijil sebab tidak belajar bersungguh-sungguh semasa waktu bersekolah. Terdapat banyak perkara yang boleh kita rasa sesal. Saya pun telah sesal banyak kali dalam kehidupan. Perkara yang saya masih berasa sesal sampai sekarang ialah saya tidak belajar bahasa Inggeris dengan baik. Semasa saya masih bersekolah rendah, bapa saya pernah menasihati saya supaya pergi belajar Bahasa Inggeris. Tetapi, saya tak nak. Saya berasa sesal apabila menampak orang lain dapat bercakap bahasa Inggeris dengan lancar. Sekiranya masa boleh berputar kembali, saya akan mendengar nasihat bapa saya supaya pergi belajar Bahasa Inggeris. Kesimpulan, kita mesti berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara atau perbuatan supaya kita tidak sesal pada masa akan datang.



Sunday, December 11, 2022

Akibat

Akibat merupakan kesan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Semua perbuatan yang kita lakukan dan peristiwa yang berlaku mempunyai akibat, sama ada baik atau buruk. Akibat yang baik akan memberikan kebaikan kepada kita. Contohnya, seorang individu yang bersikap sopan santun akan dihormati oleh orang lain. Manakala, akibat yang buruk akan memberikan keburukan kepada kita. Contohnya, seorang pelajar tidak mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang akan datang dan akhirnya dia gagal dalam peperiksaan tersebut. Contoh lain, pembakaran hutan secara berleluasa menyebabkan jerebu.  Apa-apa akibat yang kita hadapi merupakan pilihan kita. Janganlah kita menyesal apabila menimpa akibat yang buruk. Untuk elakkan diri kita daripada menimpa akibat yang buruk, kita perlulah berfikir sebelum melakukan sesuatu perbuatan.

Monday, December 5, 2022

Panik

Panik merupakan perasaaan cemas yang datang dengan tiba-tiba. Kadang-kala, kita akan berasa panik terhadap sesuatu perkara. Walaupun dalam keadaan panik, kita mesti menenangkan diri kita. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan panik akan menyebabkan seseorang gagal dalam melaksanakan sesuatu perkara dan menstresskan diri sendiri. Sebelum menjadi mahasiswi, saya ialah seorang pelajar STPM. Sebagai pelajar STPM, kami diwajibkan mengambil satu mata pelajaran, iaitu Pengajian Am. Mata pelajaran ini adalah sangat susah bagi saya. Oleh itu, saya mudah panik sebelum menduduki peperiksaan mata pelajaran Pengajian Am. Perasaan panik ini mengikuti saya dari semester 1 hingga semester 3. Saya takut saya akan mendapat gred "F" dalam mata pelajaran ini. Semasa panik, saya rasa otak saya menjadi kosong dan apa yang dibaca tidak dapat diresap oleh otak saya. Untuk menghilangkan perasaan panik ini, saya akan berbincang dengan kawan saya tentang jawapan esei dan kata-kata kunci yang perlu diingat. Sebelum menjawab soalan peperiksaan, saya akan minum air dan cuba menenangkan diri. Saya akan bercakap kepada diri sendiri,"cuba yang terbaik". Akhirnya, saya mendapat gred "A" dalam mata pelajaran ini.

Lambat

Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap mingg...