Saya sangat rindu akan kawan-kawan saya. Saya sudah lama tidak berjumpa dengan mereka. Ada kawan yang sudah melebihi satu tahun tidak berjumpa, ada yang lebih lima bulan tidak berjumpa. Semasa waktu sekolah menengah, kami dapat berjumpa setiap hari sama ada di sekolah atau di pusat tuisyen. Kadang-kala, kami juga pergi ke cafe untuk makan dan berbual-bual atau pergi menonton wayang. Pada waktu sekolah menengah, senang untuk kami berjumpa dan keluar bersama kerana berada di tempat yang sama. Selepas tamat SPM, kami telah jarang bertemu kerana sibuk dengan pelanjutan pelajaran masing-masing. Ada yang sambung belajar foundation, diploma atau STPM. Kami melanjutkan pelajaran di tempat yang berbeza. Hal ini telah menyukarkan kami untuk bertemu. Masa cuti institusi tinggi yang berbeza juga menyukarkan kami untuk bertemu. Saya sangat rindu akan waktu sekolah menengah yang bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Oleh itu, sekarang, saya sangat menghargai masa bersama dengan mereka kerana saya tidak tahu bahawa bila kami akan berjumpa.
No comments:
Post a Comment