Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap minggu, kelas aplikasi komputer tentu ada pelajar lambat menghadiri ke kelas. Alasan yang diberikan berbagai-bagai. Walaupun kolej yang saya tinggal, iaitu Kolej Aminuddin Baki adalah kolej yang paling dekat dengan fakulti, tetapi saya pun pernah lambat hadir ke kelas aplikasi komputer dua minit atau tiga minit. Sebab yang saya boleh saya berikan ialah bangun lewat. Situasi ini berlaku disebabkan saya tidur lewat pada Isnin malam untuk membuat tugasan. Dengan adanya pengamalan lambat hadir kelas, saya akan tidur awal sekiranya keesokkan hari ada kelas pada waktu pagi. Saya juga akan menetapkan alarm yang lebih awal dan banyak supaya saya tidak bangun lambat dan lamabat hadir ke kelas.
Sunday, January 8, 2023
Sunday, January 1, 2023
Hubungan
Dalam kehidupan, kita haruslah menjalin hubungan dengan orang lain. Hubungan yang dijalin itu ialah hubungan kekeluargaan, hubungan persahabatan atau hubungan cinta.
Hubungan kekeluargaan merupakan hubungan yang paling penting kepada kita. Ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan kita dalam kehidupan. Mereka sentiasa memberikan sokongan kepada kita. Mereka juga memberikan nasihat kepada kita semasa kita menghadapi masalah. Cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan adalah seperti menyambut hari jadi ahli keluarga, hari keluarga, melancong dan lain-lain. Hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengelakkan berlakunya masalah keluarga.
Hubungan persahabatan juga penting dalam kehidupan. Kawan merupakan orang yang rapat dengan kita kecuali ahli keluarga. Sesetengah orang lebih suka berkongsi masalah atau rahsia mereka dengan kawan-kawan yang dipercayai kerana mereka menganggap kawan boleh menyimpan rahsia dan memberi cara penyelesaian yang baik. Cara untuk mengeratkan hubungan persahabatan ialah sentiasa berhubung, sentiasa menyokong, meluangkan masa bersama kawan, menyambut sambutan hari jadi kawan dan lain-lain.
Hubungan cinta adalah penting bagi sesetengah orang tetapi juga tidak penting bagi sesetengah orang. Hubungan cinta yang sihat dapat menjadikan kita menjadi seorang yang yakin dan bersikap positif. Kita mestilah berfikir sebelum memulakan hubungan cinta dengan orang lain supaya tidak menyusahkan diri sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Lambat
Adakah anda pernah lambat hadir ke kelas? Semasa ditanyakan soalan ini, kebanyakan orang akan menjawab ya. Jawapan saya pun ya. Setiap mingg...


